Kerjaya Ben Ladin

Kerjaya Ben Ladin mula dikesan sejak berusia 11 tahun apabila menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian bakat kanak-kanak Idola Kecil musim kelima.[2] Selepas tamat Idola Kecil 5, beliau menyumbangkan rap untuk lagu "Permata" nyanyian Alyah.[3] Kerjaya lakonannya bermula pada 2016, apabila Ben muncul dalam drama Kahwin Muda, namun paling terkenal menerusi drama Amsyar di mana beliau memegang watak tajuk. Beliau mula mendapat liputan meluas apabila melancarkan single sulungnya, "Hikayat Benladin" hasil nukilan Malique dan Dedeq.[2][4][5] Ia menjadi kejayaan komersial apabila video lirik lagu ini telah meraih lebih 12.6 juta tontonan sejak pelancaran rasminya pada 19 Julai 2018 sekaligus dijadikan lagu saduran oleh ramai orang dan memuatnaiknya di YouTube.[6] Pada tahun 2019, beliau melancarkan single keduanya, "Rampung".[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Ben Ladin https://www.azhan.co/biodata-ben-ladin-bintang-bar... https://gempak.com/artikel/13047/bakal-duduki-spm-... https://gempak.com/artikel/33213/saya-mahu-dikenal... https://www.instagram.com/mohd_benladin/ https://twitter.com/benladin09 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/08/369327/hikay... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/09/376983/sudyr... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/10/390024/saya-... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/09/377832/gem...